Resepi Mee Bandung Muar

Resepi Mee Bandung Muar

Rempah Mee Bandung Muar
Bahan bahannya:
- 1/2kg. udang kering...(pilih udang tidak berbau hapak atau busuk.sebaik baiknya
gunakan udang yang bersih agar mibandung kita akan berbau
wangi dan sedap di makan.ini adalah tips yang paling
untuk menentukan mutu mi bandung kita.
-1/2kg.lada kering......(pilih lada kering yang tidak pedas dan buang bijinya)
-6ulas bawang putih.
-2biji bawang besar.
-secebis belacan........(belacan hendaklah digoreng terlebih dahulu)
-gula secukup rasa.
-garam secukup rasa.
-10kpg. biskut merry....(direndam dan apabila kembang hedaklah ditoskan menggunakan
tapis untuk membuang airnya)
-ajinomoto secukup rasa.

Cara membuatnya:
 -blander lada kering,udang kering,bawang putih dan bawang
besar berasingan.
-panaskan minyak ( 3senduk ) kedalam kuali. dan apabila sudah
panas masukan bawang putih dan bawang merah. apabila sudah
garing masukan udang kering dan belacan .Tunggu sehingga
garing.Selepas itu masukan lada kering.Apabila sudah naik
minyak masukan biskut merry dan bahan bahan yang lain
.
CARA MEMASAK MEE BANDUNG MUAR:(untuk 3 hidangan)
masukkan minyak kedalam kuali .apabila sudah panas masukkan 1 senduk rempah mi bandung muar, kemudian masukkan air rebusan tulang lembu. ( jangan terlalu cair) rasa kuahnya dan tambah sedikit garam mengikut selera anda. apabila mendidih masukan sebiji telur ayam. apabila telur itu masak alihkannya kedalam pinggan. masukkan daging lembu yang sudah dihiris nipis, udang, sotong kembang. dan apabila ianya masak barulah masukan sayur sawi, buah tomato, tauhu (yang sudah digoreng) dan mee.apabila masak masukan masakan anda kedalam pinggan longkom atau mangkuk. diatasnya letak telur yang dimasak tadi. taburkan bawang goreng dan daun sup. maka siaplah mi bandung muar anda dan boleh dimakan. selamat mencuba.........